Show Time App

Tuesday 17 April 2012

mana hilangnya tubuh kecil itu..

keikhlasan..
kemuliaan..
kemurnian...
keluhuran...
kesucian...
dan segala adjektif-adjektif positif yg tenggelam dlm dasar 'makhluk-makhluk' kecil dan comel
yg nasibnya diperjudikan oleh manusia-manusia kejam dan pantas dilabelkan sebagai binatang
atau lebih hina drpd itu..

Hanya kerana kasih,
tersesat tujuan hidup,
tergelincir drpd landasan-Nya,
sehingga memuntahkan
makhluk-makhluk tidak berdosa itu kedunia
dan memperlakukannya tidak ubah seperti boneka yg tidak ada
rasa, jiwa, hati, sakit, perih, sengsara,
terus didamparkan di lembah hina..

Tidakkah kau sedar bahawa ini semua sementara sahaja..?
Tidakkah kau sedar bahawa kita hidup di muka bumi ini
ibarat patung wayang kulit yg diatur oleh 'tuannya'..?
Tidakkah kau rasa bahawa zuriat tidak berdosa itu mulia..?
walaupun terlahir drpd rahim seorg 'betina' yg tidak pernah kenal erti kasih, cinta...
Tidakkah kau fikir nasib yg akan membenamkan makhluk itu
yg akan dicampakkan ke dalam senarai gelaran yg begitu jijik yg akan mnjadi santapan manusia..?

'anak haram'
'anak luar nukah'
'perempuan kotor'
'perempuan hina'
'keturunan hina'
'mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi..mak bapak dah hina,maka keturunannya sudah pasti serupa'

org kita........

sadis..
dasyat...
hiba..
sedih..
terkilan..
kecewa...

perasaan yg hnya boleh diluahkn dihujung tinta shaja...

Dia mintakah utk lahir ke dunia dlm keadaan sebegitu rupa..?
Sanggupkah dia utk menghadapi orde baru dunia yg begitu malap..?
Sanggupkah dia utk menghadapi segala cacian,makian,herdikan yg maha dasyat
drpd makhluk2 zalim itu..?
Dia dianggap cukup hina dan jijik atas kesalahan ibu bapa mereka..
'ibu bapa' yg tidak layak diangkat,diiktiraf,disanjung dgn gelaran yg begitu mulia itu..
Dia dihukum hanya kerana kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh pasangan yang 'tidak sengaja' menyambahkan benuh itu..
Dia terpaksa menelan daging-daging busuk dan kotor yg dimuntahkan,diludah,dibaling iaitu FITNAH..

Sanggupkah 'mereka', Ya Allah..?
Sanggupkah 'mereka' meneruskan pengembaraan mereka di bumi ini,Ya Allah..?
Tiadakah ruang kebahagiaan utk 'mereka', Ya Allah..?
Tiadakah cahaya kegembiraan utk 'mereka'..?
Tiadakah lubang-lubang sanjungan untuk 'mereka'..?
Tiadakah lorong-lorong kemuliaan utk 'mereka', Ya Allah..?

Ya Allah..
aku percaya bahawa engkau sentiasa disisi mereka yg bersujud kpd mu, Ya Allah..
aku percaya bahawa engkau bersama mereka yg teraniaya, Ya Allah..
dan aku juga percaya bahawa engkau sentisa bersama 'mereka'..

Ya Allah,
kau berikanlah mereka kekuatan bagi kembali mengukir senyuman yang tidak pernah dikreatifkan,
kau kuatkanlah iman,taqwa dan hati mereka supaya tidak dibuang,dilemparkan pada darjat yg hina..
kau lindungilah mereka drpd bangkai-bangkai dunia yang lebih busuk,jijik,hina,kotor drpd bangkai binatang.

Tubuh kecil itu,
Makhluk Tuhan...

No comments:

Post a Comment