Show Time App

Wednesday 29 February 2012

ungkapan yang dipetik drpd tokoh pndidik Islam


Kata Hassan Hudaibi:
"...Aku merasakan satu pancaran cahaya terpancar pada wajahnya yang mulia..."
Kata Saiful Islam:
...Beliau sentiasa pulang lewat kerana bekerja dengan Ikhwanul Muslimin. Dia sentiasa membuka pintu dengan cara yang paling perlahan sekali supaya tidak mengejutkan orang yang tidur. Setelah masuk ke dalam rumah, beliau sentiasa meyelimuti anak-anaknya..."

Adakah anda benar-benar mengenali seorang tokoh ilmuan yang dikagumi keperibadiannya oleh musuhnya sendiri? Dialah seorang pejuang Islam kala empayar Islam terakhir ditumbangkan oleh Mustafa Kamal Attarturk Laknatullah! Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman al-Banna(14 Oktober 1906-12 Februari 1949). Beliau diakui dalam kalangan 100 personaliti yang terbilang yang mempengaruhi dunia pada kurun dua puluh.

Itulah dia as-Syahid Imam Hassan al-Banna.


Dialah bapa yang penyayang. Hukuman paling berat yang diterima oleh Saiful Islam yakni anak Imam Hassan al-Banna hanyalah dicubit telinga. Kata Saiful Islam: 
Itulah hukuman yang paling berat yang pernah saya terima disebabkan satu kesalahan yang saya lakukan pada satu pagi. Akan tetapi pada pukul 11 tengah hari itu juga beliau menelefon saya serta berdamai dan ianya memberi kesan yang sangat besar pada diri saya.
"Beliau menggunakan uslub secara tidak langsung dalam mendidik kami." Kata Saiful Islam.

Asy-Syahid Sayyid Qutb berkata:
Sesungguhnya gelaran al-Banna adalah satu kebetulan. Akan tetapi kebetulan ini adalah merupakan suatu hakikat yang amat besar terhadap lelaki ini iaitu membina, keelokan dalam membina, bahkan dalam kepintaran dalam binaan.

Ungkapan Imam Hassan al-Banna:
  • Perbaikilah dirimu di samping kamu menyeru seseorang ke arah kebaikan.
  • Kita akan memerangi manusia dengan kasih sayang.
  • Nafsu yang berada dalam diri kamu itu adalah sasaran utama bagimu. Jika kamu berjaya menundukkannya, maka untuk yang selainnya itu lebih mudah.
  • Ketahuilah olehmu bahawa untuk mencapai kematian yang mulia itu, kamu terpaksa mengorbankan kesenangan dunia ini. Maka Allah akan memberikannya (syahid) kepadamu, sekiranya kamu merebut kemuliaan syahid di jalannya.
  • Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahulu darimu melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini, serta melebihkan ke arah tempat tinggal yang kekal abadi. Mereka yang mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta benda di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan petunjuk al-Quran.
  • Jika kamu ditanya oleh seseorang, apakah seruan dakwahmu? Maka jawablah kepada mereka:"Kami hanya menyeru kepada Islam yang didatangkan oleh nabi Muhammad SAW. Dan Pemerintahan adalah sebahagian daripadanya, kebebasan adalah salah satu kewajipannya". Jika dikatakan kepada kamu bahawa kerja ini adalah berbentuk politik, maka jawablah kepada mereka:"Inilah Islam. Kami tidak pernah mengenal erti juz'ie"


Bagi ana, sesiapa yang menghina Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas selagi mana jemaah ini bergerak menurut jalan Rasulullah SAW, maka dia adalah pelacur, pendusta dan 'si Kitol' untuk agama Islam! Katakan benar walaupun itu pahit. Ana selaku pejuang, daie dan muslim tidak akan sesekali berlembut dengan musuh Islam waima yang mengucap 2 kalimah syahadah tetapi mulutnya tidak berhenti menghina Islam! Doakan aku sentiasa istiqamah dalam berjuang sebagaimana datukku, Haji Abdul Rahman Limbong dan Syeikh Hassan al-Banna

No comments:

Post a Comment