Show Time App

Thursday 10 May 2012

Kasihnya kekal abadi tiada usai,
Penat jerihnya berkemampuan
untuk mengumpulkan semangatku bagi terus bangun
Menggapai seruan menara nan tinggi.
Sayangnya mengalir deras  ,
Membasahi  lencun tangkai hatiku,
Tiada ruang untuk kekeringan kebencian bermaharajalela.

Ironinya,
Aq manusia biasa,
Terkadang menyakitkan hatinya
Terkadang memilukan hatinya,
Tanpa aku sedar,
Jazbahku menghiris lumat hatinya
Pedih tidak terhingga,
Sedih…
Benteng pertahanan emosinya mulai rapuh,
Dari kelopak matanya tergenang air mata hangat,
Lalu meneteskan mutiara-mutiara jernih yg mengalir
tanpa sugan.

Namun hatimu tetap tegar dalam mengharungi
Setiap dugaan berhari-hari.
Debaran jantung tiba-tiba menggila saat melihat kau terluka
Kau segalanya bagiku
Akalanmu menjadi takhta yg tiada tolok bandingnya
Tuturmu umpama lagu-lagu cinta yg membuaikn hatiku
Dikala kekecewaan bertandang
Tingkah lakumu melambangkan kasad yg dilimpahi kekayaan budi
Dan penampilanmu menunjukkan kau seorang ibu yg cukup tinggi kemuliaannya

Inginku laungkan keriangan ini agar seluruh sarwa alam tahu bahawa aku terlalu gembira
kerana mempunyai seorang insan yang sentiasa ada,
dikala tebal dan nipis,
dikala gelap dan terang,
dan,
dikala peka dan alpa..

Aku mencintai insan yang bernama,
NORAZLIN BTE MANHAT...



hasil nukilan ku,LauraShera...

No comments:

Post a Comment